Thursday, 3 August 2017

Shaklee Promosi Merdeka Ogos 2017



Assalamualaikum, semua :). Hai Selamat Pagi😃. Pagi ni baru Kak tie berkesempatan nak update uolls tentang PROMOSI OGOS yang Shaklee Hadiahkan untuk pelanggan kami yang tersayang ðŸ˜€
Sebenarnya ada 3 Promosi :
TAWARAN MENARIK BULAN OGOS 2017 INI
  1. PENDAFTARAN AHLI BARU
  2. OMEGA GUARD BELI 5 BOTOL PERCUMA RM60 DISKUAN VOUCHER
  3. BELI MANA-MANA KATEGORI DALAM WOMEN HEALTH SET LAYAK PWP HEART THUMBLER RED COLOUR
PENDAFTARAN AHLI BARU 

Daftar Keahlian SHAKLEE sepanjang bulan OGOS 2017 ini dengan belian minimum 100UV dalam 1 resit, ahli baru layak untuk mendapat :
PWP:
  • 1 unit x Shaklee Shaker in Coral Orange dengan harga @RM 19.08 (termasuk 6% GST) ATAU
  • 1 unit x Sustained Release Vita-C Plus @RM 63.60 (Termasuk 6% GST) ATAU
  • 1 set x Combo (Shaklee Shaker in Coral Orange + Sustained Release Vita-C Plus) @RM 82.68 (Termasuk 6% GST)
OMEGA GUARD BELI 5 BOTOL PERCUMA RM60 DISKUAN VOUCHER


BELI 5 Botol OMEGA GUARD
akan dapat :-

1. Dpt voucher RM60 (3 keping x RM20)
2. Bole dapat cash rebate.
BELI MANA-MANA KATEGORI DALAM WOMEN HEALTH SET LAYAK PWP HEART THUMBLER RED COLOUR

Cantikkan Thumbler ni , sangat memikat hati siapa yang melihat nya ðŸ˜€ Beli mana-mana Set di bawah ini layak untuk memiliki Thumbler dengan harga RM23.32

SET KESIHATAN WANITA
Vita-Lea® Iron Formula
ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour
Sustained Release Vita-C Plus™
OmegaGuard™
B-Complex
GLA Complex
Shaklee Creating Healthier Lives paper bag  x2
Follow Your Heart Tumbler (Red)

SET PRE NATAL (KEHAMILAN)
Vita-Lea® Iron Formula
ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour
Sustained Release Vita-C Plus™
OmegaGuard™
B-Complex
OsteMatrix™
Shaklee Creating Healthier Lives paper bag  x2
Follow Your Heart Tumbler (Red)

SET POST NATAL (KEHAMILAN)
Vita-Lea® Iron Formula
ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour
Sustained Release Vita-C Plus™
OmegaGuard™
B-Complex
OsteMatrix™
Alfalfa Complex (S)
Shaklee Creating Healthier Lives paper bag  x2
Follow Your Heart Tumbler (Red)
 Jom dapatkan segera Promo Ogos Merdeka ni, jangan lupa hubungi Kak tie ya 
http://www.kaktie.wasap.my/60163922646


Wednesday, 2 August 2017

Nur Zara Aishah Si Cantik Manis

Nur Zara Aishah 4 Tahun

Ini anak bongsu saya yang ke - 5. Dalam ramai anak-anak saya, Aishah nielah yang paling cantik dengan kulitnya yang gebu, matanya yang bulat, muka yang cubby dan paling ketara aishah ni memang manja sangat dengan ibunya. Setakat nie dialah yang bongsu....

Kenapa kulit Aishah nie Cantik....ha....saya nak kongsi cerita di sebalik cerita....sebenarnya Aishah nie anak Shaklee. Saya mengambil supplemen Shaklee selepas bersalin Aishah. Masa tu saya dah ada set berpantang  dari Anugerah. Produk semuanya bagus...cuma saya kekurangan susu badan ketika dalam pantang. Niat dalam hati memang nak bagi susu badan sepenuhnya untuk Aishah. Tak nak campur nanti dengan susu formula. Saya berjanji nak bagi susu badan sehingga Aishah berusia 2 tahun. Kebetulan pula anak buah saya ada menjual produk Shaklee. Dari situlah saya mengambil Set Menyusu dan Set Kurus Basic Shaklee.

Ini Set Basic Menyusu Shaklee

Nak tahu manfaat Set Basic Menyusu Shaklee ni. Oklah Kak tie terangkan ya.😊

Manfaat Set Basic Menyusu Shaklee :

👉ESP - sumber Protein untuk membentuk sel-sel baru. Memelihara kesihatan dan memberikan tenaga Segera kepada ibu menyusu.

👉Alfalfa Complex - Membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu dan membantu mengatasi masalah sakit-sakit pinggang ketika menyusu.

Kelebihan Set Bajet Menyusu ini :

Memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim
★Membantu perkumuhan (lebih lawas)dan
★Membuang angin dalam badan
★Membantu penghasilan susu ibu,
★Meningkatkan imunisasi ibu.
★Kalsium untuk mengurangkan masalah lenguh, sakit sendi ibu, sejuk2 badan
★Membantu masalah osteoporasis
★Membantu tumbesaran tulang bayi
★Mengelakkan kuantiti susu berkurang secara mendadak ketika haid
★Membantu pemuliharaan tisu
★Mencantikkan kulit.
★Memgenyangkan dan mencergaskan badan ibu.
★Si Comel cepat kenyang
.
Contact Kak Tie untuk pertanyaan ok.
👪Shaklee By Kak Tie
 Call/Sms/WhatApp : 016-3922646
FB: Watie Mohamad
Pages: NutrisiFamilys 'n Shaklee COD UM, Bangsar, Pantai Dalam, Petaling Jaya.
POS keseluruhan Semenanjung Malaysia
Meh ibu2 yang masih stress kata tak boleh menyusu Anak dgn baik...kak Tie bantu anda...dengan izinnya..kita ikhtiar. Al-hamdullillah, kak tie berjaya menyusu Aishah sehingga 2 tahun lebih.

**Gambar nie ketika Aishah berusia 3 bulan...

Image may contain: 3 people, baby

Monday, 21 September 2015

#GUA

Gua Musang

 MUNGKIN ramai tidak mengetahui ada sejarah di sebalik nama Gua Musang. Mengikut cerita lama, ia mempunyai kaitan dengan gua batu kapur yang sudah lama menarik kunjungan ramai pelancong.

Dengan ketinggian lebih 1,200 meter (m) dari aras laut, gua batu kapur itu yang terletak di hadapan Stesen Kereta Api Gua Musang memiliki tarikan semula jadinya tersendiri.

Kunjungan ke bandar ini tidak dianggap lengkap jika tidak meneroka gua batu kapur itu.

Penjelajahan meneroka Gua Musang pasti lebih meriah jika datang bersama rakan dan ahli keluarga.

Mereka yang pernah berpengalaman mendaki pasti mengakui pengalaman getir untuk menempuh perjalanan untuk sampai ke muka gua.

Justeru, aktiviti ini lebih sesuai untuk mereka yang berusia antara 10 dan 50 tahun.

Kecerdasan menjadi rangsangan utama bagi menjayakan pendakian berikutan laluan sempit dari kaki bukit menuju ke pintu gua.

Ekspedisi meneroka gua batu kapur lebih meriah apabila tiba musim cuti sekolah. Kumpulan pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan pelancong dari luar Kelantan bertumpu ke daerah ini untuk tujuan pendakian. 

Pelbagai formasi batu kapur boleh dilihat dalam gua termasuk telaga emas, buah belimbing batu, lubang ular, gendang puteri, bilik persandingan dan kepala gajah. 

Bentuk unik dan adakalanya agak aneh ini menjadi tumpuan lensa kamera pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini. 

Menariknya, tiga lubang gua utama terletak di kawasan lebih rendah membolehkan pengunjung melihat pemandangan sebahagian besar bandar Gua Musang. 

Dari sini, pengunjung terpaksa meredah perjalanan kira-kira 45 minit untuk sampai ke puncak.

Mengikut cerita penduduk tempatan, pendakian Gua Musang sudah lama dilakukan sejak awal 1930-an lagi. 

Rentetan dari itu, lahir kisah pelik dan berbaur mistik berdasarkan pengalaman pendaki yang pernah berkunjung ke sini. 

Justeru, seperti tempat lain, pengunjung dinasihatkan tidak membuang air kecil atau besar sebarangan kerana takutkan sebarang kejadian buruk berlaku apabila mereka pulang ke tempat masing-masing.

Kebelakangan ini, cerita mistik ini tidak lagi dihiraukan pengunjung yang kurang mempercayai pantang larang apabila memasuki hutan menyebabkan ada yang ditimpa musibah termasuk sesat ketika mencari jalan pulang menuruni bukit. 

Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka perlu membawa jurupandu berpengalaman bagi mengelakkan mereka tersesat. Ini memandangkan keadaan gua yang gelap boleh mengelirukan mereka. 

Apabila melepasi kawasan gelap ini, pendaki boleh meneruskan perjalanan melalui denai di belakang gua untuk sampai ke puncak. 

Sepanjang perjalanan ini, pengunjung berpeluang melihat pelbagai spesies flora yang jarang ditemui termasuk pokok hutan berusia ratusan tahun. 

Lampu picit menjadi barangan terpenting apabila menyertai aktiviti sebegini terutama ketika berada dalam gua yang gelap. Selain itu, ia bagi mengelak pengunjung dari terserempak dengan hidupan liar seperti ular yang banyak mendiami kawasan sekitar gua ini.

Bagaimanapun, ekspedisi ini bukan suatu perkara yang sukar untuk pendaki berpengalaman.

Kepada yang berminat aktiviti meneroka Gua, boleh mencuba ekspidisi di Gua Musang ini yang terletak di negeri Kelantan.


Monday, 14 September 2015

#ALFALFA "BAPA SEGALA MAKANAN"

Rupa sebenar ALFALFA

Alfalfa (Medicago Sativa) membawa maksud ‘Bapa Segala Makanan’. Gelaran ini diberi oleh kaum Arab di Persia sejak beberapa abad dahulu. Tumbuhan alfalfa mempunyai struktur akar yang unik di mana struktur akar yang panjang dan tumbuh mendalam mencapai 30 hingga 40 kaki ke bawah tanah. Oleh yang demikian, alfalfa berkeupayaan menyerap pelbagai garam galian , vitamin-vitamin dan lapan jenis asid amino perlu, satu-satu kelebihan yang tidak boleh ditanding oleh tumbuhan darat yang lain. Tumbuhan alfalfa amat kaya dengan metionin (salah satu jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia), vitamin A, C, D, sedikit vitamin K dan enzim. Ia merupakan salah satu sumber semulajadi utama vitamin K. vitamin ini diperlukan oleh hati untuk menghasilkan protrombin, satu bahan penting untuk pembekuan darah.

Istilah ‘klorofil’ berasal dari bahasa Greek yang bermakna ‘daun hijau’. Klorofil terkandung di dalam kloroplas iaitu organel seni berbentuk cakera berada di dalam sel-sel tumbuhan. Daun-daun dan batang-batang tumbuhan biasanya berwarna hijau kerana mengandungi klorofil. Klorofil merupakan salah satu agen rawatan semulajadi yang paling kuat dan diketahui oleh manusia. Kadang-kala ia digelar sebagai ‘darah hijau’ kerana komposisi molekulnya sama dengan sel darah merah manusia.

FAEDAH-FAEDAH ALFALFA

**Kaya dengan klorofil.

**Sekurang-kurangnya 4 kali ganda tinggi daripada sayuran-sayuran biasa.

**Lebih kurang 1000g (1kg) daun-daun muda alfalfa hijau yang dipotong segar diperlukan untuk 
    mengekstrak 2.5g klorofil bermutu tinggi.

**Kandungan protein alfalfa ialah 18.9% berbanding dengan 16.5% dalam daging lembu,13.1% 
    dalam telur dan 3.3% dalam susu.

**Kandungan kalsium alfalfa pula ialah 14 kali ganda lebih daripada germa gandum dan 144 kali 
    lebih daripada hati.

**Dikenali sebagai tumbuhan beralkali di dunia dan kealkaliannya membantu meneutralkan asid 
    toksik dalam sistem badan kita.


Kalau korang nak tahu Alfalfa boleh didapati dalam bentuk tablet tau yang dinamakan Alfalfa Comlpex dari Shaklee. Mudah dan senang untuk ditelan, berbanding dengan tumbuhan asal semulajadi seperti di atas..nanti ada yang tak jadi nak makan...hehehe. Dibawah  ini adalah khasiat sebenar Alfalfa Complex. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya di bawah ni..

Ini Khasiat Alfalfa


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Watie Pengedar Shaklee Anda 018.3152646 (Whatsapp for fast reply) Cod Lembah Klang, & Petaling Jaya Penghantaran Seluruh Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia

#MAKANAN KEGEMARANKU..SIMPLE JER

MAKANAN KEGEMARAN SAYA

Masakan Tomyam Ayam, Ikan bakar, Telur Dadar, Budu & Ulam-ulaman...

Inilah makanan kegemaran saya dihujung minggu... masakan air tangan diri-sendiri.  Tak susah pun senang dan simple jer masakannya...orang kata...main campak-campak jer terus jadi. Ya ler kalau pergi makan di luar mau juga peniaga lauk kenakan harga yang tak sepatutnya. Belum tentu gerenti puas hati.. Lebih baik makan masakan diri-sendiri, puas hati, nak letak berbagai-bagai rencah sendiri pun tak pe...dapat duduk kat umah yang lagi selesa, tenang berbanding jika kita berada di kedai makanan. Belum tentu dapat layanan yang istimewa...dengan karenah anak yang tak duduk diam, tumpah sana tumpah sini makanan....orang lain yang ada dalam kedai makan pun hairan melihat gelagat anak-anak kita.

Sebenarnya makan di rumah adalah yang terbaik...dapat mengeratkan siraturahim kita dengan anak-anak..Anak pun suka sebab dapat makan bersama  dengan ibu dan abahnya...Lagi satu kita kena tahu makanan yang kita masak lebih selamat serta bersih.

Kalau dah makan terlalu banyak pun tak baik untuk kesihatan juga...sebab itulah kita perlukan supplemen tambahan untuk tubuh badan kita...

Oleh itu cadangan yang terbaik supplemen dari saya, saya amalkan supplemen Shaklee. Antaranya, Alfalfa Complex, Lecithin dan Herba-lax...



Khasiat Alfalfa Complex 


Faedah Lecithin


Manfaat Herb-Lax

Ketiga-tiga supplemen inilah yang dapat membantu dalam memproses pencernaan, pemecahan dan pembuangan makanan berlebihan dalam tubuh badan kita seharian. untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya di bawah ini.


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Watie Pengedar Shaklee Anda 018.3152646 (Whatsapp for fast reply)
Cod Lembah Klang, & Petaling Jaya Penghantaran Seleuruh Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia

Thursday, 10 September 2015

#RAHSIA

RAHSIA KELUARGA KAMI


Gambar Raya Kami 2015

Saya nak kongsi Rahsia Keluarga Kami. Inilah ahli keluarga saya. Saya berkahwin pada 4 Oktober 2002. Suami saya yang dikasihi bernama Azhar bin Mat Jusoh berasal dari Tanah Merah Kelantan...jauh tuu..dapatlah macam saya dengan orang jauh...Saya nie orang Kuala Lumpur jee...mak dan ayah berasal dari Terengganu tapi memang dah lama berhijrah ke  KualaLumpur dah jadi orang KL sepenuhnya dah x der lorat bahasa ganu dah.

Hasil perkahwinan kami dikurniakan anak lelaki sulung pada tanggal 18 Julai 2003, masa tu usia perkahwinan kami baru 10 bulan...drastikkan memiliki anak dengan cepat..Orang lain kahwin, nak enjoy dulu puas-puas lepas tu baru nak fikir ada anak. Kami terima je rezeki anak nie..Allah dh nak bagi awal anak pada kami.  Seronok juga ada anak awal-awal nie. Boleh buat teman jika husband ada out-station kat luar. Selang tiga tahun kami dikurniakan lagi anak kedua kami iaitu perempuan, lahir  pada 29 Mei 2006. Dapatlah kami sepasang anak...enjoy sekejap masa nie sebab nak membesarkan 2 orang anak kami. 

Setelah tiga tahun kemudian membesarkan si abang dan kakak. Kami dikurniakan qnak lagi.. kali nie anak ketiga kami x dijangkakan, kami memiliki anak Kembar Seiras..seronok x terkata bila doktor confirm kami memiliki Anak Kembar. Setahu saya keluarga kami, tiada keturunan KEMBAR.. Anak Kembar kami yg ketiga perempuan nie lahir pada 23 Mei 2009 secara pembedahan...tapi al-hamdullilah mereka selamat dilahirkan. 

Ini anak kembar kami berusia 6 tahun

Dalam usia 30 tahun saya sudah memiliki anak seramai 4 orang. Ekspress x...sampai kawan2 kata saya boleh beranak lagi sampai umur 40 tahun. Oh tidak....tulah kata orangkan...akhirnya saya hamil lagi anak yang ke 4, tapi dh lima anak rupanya...yang ke 4 nie pun perempuan juga lahir pada 6 September 2013, kini dah berusia 2 tahun. Dalam usia 36 tahun saya sudah memiliki 5 orang anak...itupun ada  kawan2 kata saya lagi, ibu yang MUDA..x nampak pun memiliki anak yang ramai. Apabila keluar berfamily Day baru nampak kami nie punya ramai anak...itulah RAHSIA KELUARGA KAMI..



#MATA YANG CANTIK

MATA ANUGERAH YANG PALING INDAH




Mata merupakan anugerah Allah yang sangat indah dan berharga kerana mata memiliki fungsi yang sangat luar biasa. Dengan mata, kita boleh melihat keagungan Allah yang maha pencipta  di atas bumi. Dengan mata, kita boleh melihat orang-orang yang kita cintai dan kita sayangi. Melihat wajah ibu kita, ayah kita, keluarga kita, saudara-saudara kita, sahabat-sahabat kita sehingga dapat mengenal satu sama lain. Dengan mata pula kita dapat melihat segala bentuk keindahan alam yang ada di bumi, dapat melihat indahnya bulan dan bintang yang nampak dimalam hari, melihat indahnya mentari dipagi hari, melihat indahnya pelangi di saat hujan telah berhenti, dan masih banyak lagi keindahan-keindahan di dunia yang boleh kita lihat dengan mata kita. Maka bersyukurlah bagi kita yang memiliki sepasang mata yang CANTIK dapat melihat di dunia ini.

Jika kita mempunyai masalah MATA, apa yang perlu kita buat???

Yang pertama kita perlu jumpa Doktor Pakar Mata, untuk menentukan jenia apa masalah mata kita.
Yang kedua bila sudah mengetahui masalah mata, dapatkan rawatan susulan dari  Doktor Pakar Mata.
Yang ketiga jika rawatan susulan telah dilakukan, kita digalakkan pengambilan vitamin tambahan bagi membantu penglihatan yang baik.

Sebenarnya ramai yang tidak tahu tentang vitamin tambahan untuk Mata kita selain memakan makanan harian kita seperti lobak,labu, tomato dan pelbagai jenis sayuran...Kebanyakan di kalangan kita kurang berminat pada pemakanan sayuran. Oleh itu, kita perlu mengambil supplemen tambahan untuk penjagaan MATA yang sihat.

Supplemen yang saya syorkan ini datang dari produk Shaklee..ramai yang telah mencuba dan hasilnya memang menakjubkan. Supplemen itu ialah CAROTOMAX.

Apa itu CARATOMAX???

Perlindungan Antioksida daripada Sumber Semula Jadi

Melindungi Tubuh Dengan Mengukuhkan Integriti Sel
Nikmati tahap perlindungan antioksida yang tinggi dengan Shaklee Carotomax®. Shaklee memanfaatkan perlindungan antioksida daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan dengan mengekstrak karotenoid semula jadi dan menawarkannya dalam pelbagai bentuk yang mudah diambil.
Lima Karotenoid Bermanfaat
Purata pengambilan harian karotenoid lutein, likopena dan beta karotena ialah 8mg sahaja - Carotomax®membekalkan lebih 13mg kebaikan karotenoid semula jadi
  • Mengandungi pati ekstrak daripada tomato, mikroalga, minyak sawit, marigold dan lain-lain.
  • Menyokong sistem imun yang kuat dan membantu mengekalkan kesihatan mata dan kulit untuk jangka masa yang lebih lama.

* Kandungan nutrien dalam satu sajian harian Carotomax tidak menyamai nutrien yang terkandung di  dalam makanan yang ditunjukkan. Maklumat fakta nutrisi yang lebih terperinci dipaparkan pada label  kotak Carotomax. Setiap makanan membekalkan lebih banyak nutrien berbanding apa yang disenaraikan dalam carta ini.
Harga Pasaran : RM78.44 (30Biji)
Lihat testimoni dari kami :


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
Watie Pengedar Shaklee Anda 018.3152646 (Whatsapp for fast reply) 
Cod Lembah Klang, & Petaling Jaya.
 Penghantaran Seleuruh Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia